Tuesday, June 16, 2009

KATA ALUAN


Sekapur Sireh

KETUA PEMUDA PAS PUSAT


Assalamualaikum wrt wbt,


Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran kepada Allah s.w.t kerana limpah rahmat-Nya. Tahniah kepada Jabatan PASTI Malaysia kerana berjaya menganjurkan Pesta Sukan PASTI Malaysia kali ke-5 di UNISEL, Selangor.


Saya, bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan ucapan syabas kepada seluruh warga PASTI, khususnya PASTI Negeri Selangor sebagai tuan rumah kepada program ini kerana berjaya mengendalikan Pesta Sukan kita pada kali ini dengan jayanya.


Pesta Sukan kita ini merupakan kebanggaan kepada kami Dewan Pemuda PAS Pusat yang mana berjaya menghimpunan setiap pasukan mewakili setiap negeri dalam Malaysia termasuk Sabah. Saya berharap pada tahun hadapan kita dapat menghimpunan seluruh pasukan negeri termasuk juga Sarawak.


Kegiatan sukan atau riadhah sebagai aktiviti luar bilik darjah dapat mendidik murid-murid sekaligus mengembangkan bakat, psikomotor, emosi dan mentarbiyah mereka dengan keyakinan diri serta semangat berpasukan. Dan inilah juga sebagai sebahagian ibadah kita kepada Allah swt.


Akhirnya saya terlebih dahulu mengucapkan tahniah kepada para pemenang dalam kejohanan ini.


Saya juga berdoa agar program kita ini mendapat keberkatan daripada Allah Taala. Sekian, terima kasih.

Ustaz Nasruddin Bin Hj Hassan Tantawi







Seulas Bicara

KETUA PENGARAH PASTI PUSAT



Assalamualaikum wrt wbt,


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan taufik dan hidayah-Nya, kita dapat bersama-sama meraikan Pesta Sukan Malaysia 2009. Berkesempatan ini, saya mewakili Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada PASTI Negeri Selangor selaku tuan rumah bagi sambutan kali ini. Saya percaya persiapan ini bukan sehari dua dirancang dan disusun rapi bahkan telah difikir dan disusun sebaik-baiknya untuk tempoh masa yang panjang, agar sambutan program kali ini lebih bermakna dan mencapai tujuan yang dihasratkan. Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat datang kepada semua kontinjen atau peserta dari setiap negeri termasuk Sabah yang hadir ke program kita pada kali ini.


Pada tahun ini kita menyambut 25 tahun usia penubuhan PASTI. Pesta Sukan ini merupakan siri-siri program dalam Sambutan 25 Tahun PASTI. Saya percaya dengan program ini menunjukkan PASTI bukan sahaja sebagai sebuah pusat pendidikan prasekolah tetapi berjaya mendidik anak-anak ke arah membina pendekatan kokurikulum seperti bola sepak dan bola jaring. PASTI juga memberi pendidikan dalam membina stamina para pelajar agar seiring antara rohani dan jasmani. Sehubungan dengan itu, saya amat berharap semua pihak akan berkerjasama untuk menghasilkan dimensi baru untuk menzahirkan serta memahatkan lagi kejayaan PASTI di masa akan datang. Saya berkeyakinan PASTI mampu meredah perjuangan ini yang bakal memperlihatkan kemenangan Islam keseluruhnnya.


Saya sangat berharap, pertandingan ini dapat berlangsung dalam suasana penuh ukhuwah serta semangat kesukananan yang tinggi. Ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada yang meraih kejayaan dan kepada yang tidak berjaya , janganlah sesekali berdukacita sebaliknya jadikan kekalahan hari ini untuk kemenangan di tahun-tahun yang akan datang.


Kecemerlangan ini bukan sahaja membanggakan warga PASTI seluruhnya tetapi menjadi kebanggaan pucuk pimpinan parti yang memandang tinggi terhadap pengorbanan dan usaha guru-guru PASTI yang tidak mengira masa, tenaga, kekangan keluarga,wang ringgit, kedudukan, keselamatan dan sebagainya semata-mata mempertahankan keberlangsungan pendidikan PASTI sebagai entiti kebanggaan masyarakat dan parti.

Azrin bin Ab Majid





ATUR CARA


19 Jun 2009, Jumaat


12.00 tgh - 6.00 ptg

Pendaftaran peserta / kontinjen / tetamu


6.30 petang

Makan malam


9.00 malam

Majlis taklimat kepada ketua-ketua kontinjen, jurulatih dan wakil-wakil guru pengiring



20 Jun 2009, Sabtu


7.00 pagi

Persiapan kontinjen / Sarapan pagi


7.30 pagi

Kawad Perbarisan, Lagu Negaraku, Lagu PASTI dan Ikrar


8.30 pagi

Acara Sukan Bola Sepak & Bola Jaring bermula


11.45 pagi

Pertandingan Akhir Acara Sukan Bola Sepak dan Bola Jaring


12.00 tengahari

Majlis Penutup


- Ucapan Pengarah PASTI Negeri Selangor

Yg.Bhg. Ustaz Hasbullah bin Mohd Ridzuan


- Ucapan Ketua Pengarah PASTI Pusat

Yg.Bhg. En Azrin bin Ab Majid


- Ucapan Ketua Pemuda PAS Pusat

Yg.Bhg. Ustaz Nasruddin bin Hassan Tantawi


- Penyampaian Hadiah dan Cenderahati


- Makan Tengahari


- Bersurai




TEMPAT


Universiti Industri Selangor (UNISEL)

Jalan Timur Tambahan, 45600 Bestari Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia


JADUAL PERLAWANAN BOLA SEPAK


8.30 pagi

Kedah vs Perlis • N. Sembilan vs PahangPerak vs Sabah

Kelantan vs P. Pinang


9.00 pagi

Pahang vs Perlis • N. Sembilan vs Kedah • Johor vs Selangor

Melaka vs Perak


9.30 pagi

N. Sembilan vs Perlis • Pahang vs Kedah

Terengganu vs Kelantan • W. Persekutuan vs Johor


10.00 pagi

Melaka vs Sabah • Terengganu vs P. Pinang

W. Persekutuan vs Selangor



JADUAL PERLAWANAN BOLA JARING


8.30 pagi

N. Sembilan vs P. Pinang • Terengganu vs N. Sembilan

Melaka vs PerakKedah vs Pahang


9.00 pagi

N. Sembilan vs P. Pinang • Terengganu vs W. Persekutuan

Perlis vs SabahSelangor vs Melaka


9.30 pagi

Terengganu vs P. Pinang • N. Sembilan vs W. Persekutuan

Kelantan vs Kedah • Johor vs Perlis


10.00 pagi

Selangor vs Perak • Kelantan vs Pahang

Johor vs Sabah


Pertandingan Kalah Mati (Bola Sepak & Bola Jaring)


10.30 pagi

Johan Kumpulan A vs Naib Johan Kumpulan C

[Menang Q1]


Johan Kumpulan C vs Naib Johan Kumpulan A

[Menang Q2]


Johan Kumpulan B vs Naib Johan Kumpulan D

[Menang Q3]


Johan Kumpulan D vs Naib Johan Kumpulan B

[ Menang Q4]


11.00 pagi

Q1 vs Q2 [Menang S1 / Kalah S3]

Q3 vs Q4 [Menang S2 / Kalah S4]


11.30 pagi

S3 vs S4 [Menang tempat Ketiga]


11.45 pagi

S1 vs S2 [Menang Johan / Kalah N. Johan]

Font size


Sekitar Pesta Sukan PASTI


Ustaz Hasbullah, Pengarah PASTI Negeri Selangor



Cikgu Azrin Ab Majid, Ketua Pengarah PASTI Malaysia



Perasmian - Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat




Ustaz Nasruddin dan sebahagian daripada Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia bersama Pengarah Program dan wakil UNISEL.


Bacaan Ikrar oleh Pelajar PASTI Selangor



Anggota Unit Amal turut beramal di Pesta Sukan


Kontinjen PASTI Selangor


Kontinjen PASTI Kedah


Kontinjen PASTI Pulau Pinang


Kontinjen PASTI Pahang


Kontinjen PASTI Sabah



Kontinjen PASTI Terengganu

Bersemangat menyanyikan lagu rasmi PASTI


En Mahmud Mastam, Juruacara Pesta Sukan









Para pengunjung Pesta Sukan kali ini


ALP turun padang menyaksikan perlawanan


Pameran PASTI pun ada..

Khemah Urusetia



PERLAWAN BOLA SEPAK












..acara urut kaki


Ibu bapa tidak melepas peluang merakam kenangan



Pasukan Pulau Pinang dan Selangor ke peringkat akhir



PERLAWANAN BOLA JARING


Taklimat Ketua Pengadil sebelum memulakan perlawanan










PENYAMPAIAN HADIAH





Pemain Bola Sepak Terbaik - Perak


Pemain terbaik Bola jaring - Kelantan


Juara Bola Jaring - Pasukan PASTI Kelantan


Juara Keseluruhan - Pasukan PASTI Selangor



PETUGAS YANG BERTUNGKUS LUMUS










Para petugas yang menyediakan makanan.I




Para Peniaga yang turut memeriahkan Sukan PASTI

No comments:

Post a Comment